Our Story

Siapa Tulang Belakang Disebalik BrandHack

Nidzam Harjoh adalah seorang konsultan marketing dan digital branding. Beliau juga adalah pengasas kepada BrandHack Associates (yang sebelum ini dikenali sebagai Trisparks), sebuah agensi branding dan consultansi kreatif. Kerjaya beliau bermula di salah sebuah agensi web di Kuala Lumpur pada tahun 2004.

Dan pada ketika itu, beliau diberi tanggungjawab untuk mengendalikan beberapa akaun seperti Apple Malaysia, Canon Malaysia, Tropicana Golf & Country Resort, Dijaya Corporation Berhad, Putrajaya International Convention Centre dan lain-lain lagi.

Sejak tahun 2008, beliau telah memulakan perniagaan dalam branding dan advertising. Dan pada masa ini juga beliau diberi peluang untuk mengendalikan client-client antaranya seperti SKB Shutters, World Islamic Economic Forum (WIEF), Asian Institute of Chartered Bankers (AICB), Belum Rainforest Resort, MATRADE, A&W, Westports Malaysia, Annems International, Mary Jardin dan MISC Logistics.

Dalam masa yang sama, beliau bersama rakan kongsinya, Trevor Darby, mendapat peluang untuk mengendalikan projek-projek Malaysia di luar negara seperti Dubai, Korea, Qatar dan Jepun.

Beliau juga diberi peluang dan tanggungjawab untuk mengendalikan projek branding, design dan online marketing untuk salah sebuah syarikat software di United Kingdom (UK) yang juga berpengaruh dalam pasaran affiliate antarabangsa.

Banyak pengalaman pahit dan manis dan banyak juga yang beliau telah pelajari melalui pengajaran yang berharga setelah 8 tahun menceburkan diri dalam bisnes branding & advertising, di mana beliau akan kongsikan ilmu dan pengalaman beliau kepada anda dalam program coaching dan konsultansi beliau.

 

Misi BrandHack

Kepakaran BrandHack adalah membantu USAHAWAN SME menyusun strategi untuk meningkatkan sales mereka secara konsisten melalui gabungan kuasa BRAND & MARKETING YANG BERIMPAK TINGGI, sesuai dengan situasi dan bajet mereka.

Masalah utama kebanyakan usahawan ialah mereka menghadiri pelbagai kelas dan sesi intensif berkaitan marketing dan sales sambil mengabaikan nadi utama bisnes mereka iaitu branding. Mereka juga menganggap branding itu ialah design seperti logo, tshirt, website dan kedai mereka.

Ini membuatkan mereka stuck dengan pelbagai teknik online marketing tanpa membina brand yang kukuh. Kesan daripada brand yang lemah menyebabkan mereka terpaksa berhempas pulas untuk close sales, keluarkan pelbagai promosi, tingkatkan kos iklan dan menghadapi masalah untuk tingkatkan sales secara konsisten.

BrandHack menggabungkan topik berkaitan BRANDING & MARKETING, elemen yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Konsep ini juga dititikberatkan oleh syarikat gergasi yang juga brand utama dunia seperti Apple, McDonald’s, Nike, IKEA dan lain-lain lagi.

Antara brand yang kuat di Malaysia yang mengikuti jejak brand di atas ialah dUCk Scarves. Jadi kalau anda berminat untuk membina brand seperti dUCk, join tribe BrandHack dan dapatkan khidmat konsultansi dari kami.

Join Tribe BrandHack sekarang! http://bit.ly/brandhack_fbgroup

www.brandhackassociates.com

Add comment

Most popular